Umrah-Haji.com

Home Pakej Umrah & Haji Muhammadiyah Travel & Tours

Profail Syarikat MUHAMMADIYAH TRAVEL & TOURS SDN BHD

E-mail Print PDF

Muhammadiyah Travel & Tours Sdn. Bhd ditubuhkan pada 23 March 2007 dan merupakan kerjasama bersama Persatuan Muhammadiyah dari Singapura. Persatuan Muhammadiyah ini merupakan persatuan kebajikan di mana banyak membantu mereka yang memerlukan dan tertubuhnya Muhammadiyah Travel & Tours Sdn Bhd ini juga sedikit sebanyak membantu persatuan ini dan juga di Malaysia.

Walaupun Muhammadiyah travel & tours merupakan syarikat perlancongan yang baru sahaja ditubuhkan di Malaysia, kebanyakan perneraju utama dan pekerja mempunyai banyak pengalaman dalam bidang perlancongan ini dan sedikit sebanyak membantu mengkomersialkan lagi produk-produk dan juga perkhidmatan yang ingin ditawarkan.

Muhammadiyah Travel & Tours Sdn Bhd ini juga didaftarkan di bawah Malaysian Association of Tour & Travel Agents (MATTA). Perkhidmatan dan produk-produk yang ditawarkan oleh agensi kami adalah lebih kepada umrah dan ziarah di mana kami mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam menguruskan perkhidmatan ini walaupun baru ditubuhkan secara rasmi di Malaysia.

Perkhidmatan kami lebih fokus kepada umrah & ziarah kerana kami mempunyai pengukuhan di mana kami telah menjalinkan kerjasama dan membuat perjanjian bersama dengan syarikat yang terlibat dalam perkhidmatan yang ingin kami tawarkan seperti pengangkutan, catering dan juga hotel-hotel di makkah di mana kami sendiri yang menguruskan segala perkhidmatan tersebut.

Tumpuan pada umrah dan ziarah tidak bermakna kami tidak menawarkan khidmat dan produk yang lain seperti pelancongan di dalam dan di luar Negara mengikut permintaan. Di masa akan datang, Insyaallah dengan izin Allah S.W.T, Muhammadiyah Travel & Tours akan mempunyai sistem pengangkutan sendiri di Malaysia dan juga penyediaan pakej haji oleh pihak kami sendiri.

TUJUAN 

  1. Menyediakan perkhidmatan mengikut permintaan, tidak hanya pada golongan individu tertentu, tetapi juga kepada badan kerajaan dan swasta contohnya untuk tempahan tiket dan hotel, team building, incentive trip, makan malam dan sebagainya dan juga kepada persatuan-persatuan yang ingin mengeratkan silaturrahim sesama ahli
  2. Menawarkan perkhidmatan seperti perkhidmatan Jeddah ke Jeddah, Katering di Kota Suci Makkah dan juga pengangkutan di Arab Saudi dengan tawaran harga yang berpatutan.
  3. Memberi peluang kepada warga emas yang tidak berpeluang untuk melakukan umrah dengan setiap 40 jemaah ke atas yang ingin menunaikan umrah, Insya Allah kami akan beri peluang seorang daripada warga emas dari Rumah Kebajikan atau rumah Orang-Orang Tua

OBJEKTIF 

  1. Selain menawarkan perkhidmatan dan produk-produk yang diperlukan, objektif penubuhan Muhammadiyah Travel & Tours ini sedikit sebanyak membantu dalam peningkatan ekonomi Negara, juga memeriahkan industri pelancongan Negara di mana pelanggan mempunyai banyak pilihan untuk menggunakan perkhidmatan berkaitan dengan pelancongan.
  2. Menggalakkan Ummah untuk melakukan dan melaksanakan Umrah serta Haji kerana keutamaan kami adalah terhadap perkhidmatan ini.
  3. Insyaallah dengan izin Allah S.W.T, segala keuntungan yang kami perolehi, akan disalurkan sebagai dana bagi membantu mereka yang memerlukan. Ini merupakan objektif terbesar kami, walaupun kelihatan seperti badan kebajikan, tetapi bagi kami sedikit sebanyak, pelanggan yang menggunakan khidmat kami ini secara tidak langsung juga melakukan kebajikan yang tersirat.

 

Misi

  1. Membantu pelanggan menunaikan ibadah dengan selamat dan selesa
  2. Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada setiap pelanggan.
  3. Sentiasa memperbanyakkan usaha bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan  supaya menepati kehendak setiap pelanggan dan juga sentiasa bersedia dengan sebarang permintaan di masa-masa akan datang.
Last Updated ( Monday, 21 June 2010 17:41 )  

Hubungi Kami


 Pertanyaan & Pendaftaran
Hubungi;
Ustaz Haji Hairul
di :
010-529 6460
03-8731 5464
(Ahad hingga Sabtu)
8.00 pagi - 9.00 malam
03-8926 5464
(Isnin - Jumaat)
8.30 pagi - 5.30 petang
Faks : 03-8926 4464
Email : ustaz@umrah-haji.com

MUHAMMADIYYAH
Travel & Tours Sdn Bhd
PT7432, 2nd Floor
Jalan BBN 1/2F,
 Putra Point
Bandar Baru Nilai
ASH-HAR
Travel & Tours Sdn Bhd
No. 23-1, Jalan 3/76D
Desa Pandan
55100 Kuala Lumpur
16 – 1A Jalan Medan Batu Caves 1
Taman Medan Batu Caves
68100 Batu Caves, Selangor

PASARAYA HPA
HPA-MALL.com
 "Produk Halal Tanggungjawab Bersama"


Umrah-Haji.com

Umrah-Haji.com merupakan portal bagi tetamu Allah SWT yang mencari maklumat bagi mengerjakan ibadah Umrah, Haji atau Ziarah. Pihak kami juga menyediakan pelbagai pakej Umrah, Haji dan Ziarah ke tempat-tempat sejarah Islam serta menerima tempahan bagi Air Zam-Zam, Kurma, Kekacang dan produk-produk lain.