Umrah-Haji.com

Home Pakej Umrah Al-Kiswah Pakej Umrah Ziarah JORDAN & SYRIA

Al-Kiswah : Ziarah JORDAN & SYRIA

E-mail Print PDF

Harga Pakej RM 6488Seorang (Dewasa)
9 Hari / 7 Malam Ziarah ke Bumi Anbia  Jordan & Syria  

Contoh Jadual Penerbangan (Penerbangan Gulf Air) :

Kuala Lumpur – Bahrain     1035/1345          GF281
Bahrain/Damascus             1140/1340         GF903
Amman/Bahrain                1430/1750         GF902
Bahrain/Kuala Lumpur       2025/0915 + 1   GF280

ATURCARA PERJALANAN

HARI 01           KUALA LUMPUR / BAHRAIN
Berkumpul di KLIA tiga jam sebelum masa berlepas, bertolak ke Bahrain. Tiba di Bahrain, peserta akan dibawa ke hotel untuk bermalam. Makan malam disediakan.

 


HARI 02           BAHRAIN / DAMSYIK (DAMASCUS) – SELAMAT DATANG KE SYRIA [MM]
Selepas sarapan, bertolak ke Lapangan Terbang untuk penerbangan ke Damsyik.  Setiba di Damsyik peserta akan disambut oleh wakil kami disana. Peserta kemudian akan dibawa ke hotel. Makan malam di hotel.
 

 


HARI 03           DAMSYIK/ZABADANI/QOSIYUN/DAMSYIK

 – MENYUSURI SEJARAH SILAM - 100 KM                        [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi di hotel ziarah bermula:

·         Ke makam Habil (anak Nabi Adam a.s. yang telah dibunuh oleh saudaranya Qabil yang merupakan pembunuhan pertama di dunia) di pergunungan Qalamun 45 km utara Damsyik.

·          Ke gunung Qosiyun bagi menikmati keindahan bandar Damsyik dari bahagian tertinggi kota ini.

·          Ke kawasan Bandar baru Damsyik termasuk Muzium Kebangsaan, Takiyeh Sulaimaniah (komplek yang dibina oleh Sultan Sulaiman “The Magnificient” kerajaan Usmaniah yang terdiri dari Masjid Sultan Abdul Hamid, muzium perang dan pusat kraftangan dan seni Syria.

·          Ke Bab As-Saghir bagi menziarahi makam isteri-isteri Rasulullah s.a.w.; Ummu Habibah, Ummu Salamah dan Ummu Hafsah r.a., makam sahabat Bilal bin Ar-Rabah juruazan Rasulullah dan Mu’awiyyah r.a. jurutulis wahyu dan para syuhada’ Karbala.

·          Ke Masjid Umawi (terletak di dalamnya makam Nabi Yahya a.s., Menara Isa yang dipercayai menjadi tempat turunnya Nabi Isa a.s. di akhir zaman, mimbar empat mazhab, baitulmal, mashad Imam Husin r.a. dll), Makam Salahuddin Al-Ayobi (pejuang yang telah membebaskan Baitul Maqdis dari tentera Salib), dan pintu masuk “Temple of Jupiter”, solat dan makan tengahari.

·         Masa bebas membeli belah di bazaar Al-Hamidiah.

·         Makan malam dan kembali ke hotel.


HARI 04           DAMSYIK/HOMS/HAMA/CRACK DES-CHAVELIER/DAMYSIK

 – SEJARAH ADALAH UNTUK PELAJARI DAN DIAMBIL IKTIBARNYA – [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi di hotel ziarah bersambung:

·         bertolak ke Homs (bandar ketiga besar di Syria) menziarahi Masjid Khalid Al-Walid, makam beliau dan sahabat Ubaidullah bin Umar bin Al-Khattab r.a.

·          bertolak ke Hama, melawat Nories (kincir air berusia ribuan tahun) di tebing sungai Orantes.

·          Ke Castle Crack Des Chavelier (kota dalam kota, castle tentera Salib terpenting dalam sejarah dunia) kurun ke 12 benteng terakhir tentera Salib di bumi Arab dan Islam sebelum dibebaskan oleh sultan Malik Zahir Al-Bybar dalam tahun 1271 Masehi yang menjadi titik permulaan penting peralihan kuasa di bumi Anbiya ini kepada umat Islam, terletak 750 meter dari paras laut mengadap lembah Homs yang subur dengan tanaman anggur, tin, oren dan pistachio.  

·         Makan tengahari sambil menikmati keindahan alam dari atas kota ini. ·

         Kembali ke hotel untuk makan malam dan rehat.   

 


HARI 05           DAMSYIK – PILIHAN SENDIRI  [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi peserta boleh buat antara 3 pilihan:
1.       Acara bebas. Makan tengahari dan malam disediakan di hotel. 2.       Acara pilihan ke Beirut, Lebanon (tertakluk kepada kebenaran dan keadaan keselamatan di Lebanon), antara tempat lawatan ialah ke Jeitta Grottos (gua bawah tanah tercantik didunia), Nahr Al Kabl (Dog’s River), Byblos, Kota Kuno Phoenician, masa bebas untuk membeli barangan cenderahati Lebanon, laut Mediteranean. Harga tambahan sendiri dalam anggaran USD100 seorang ATAU3.       Lawatan ke Aleppo dengan bayaran tambahan sendiri sebanyak USD70 seorang. 

 


HARI 06           DAMSYIK/NAWA/BOSRA/AMMAN

– SELAMAT TINGGAL SYRIA. SELAMAT DATANG JORDAN.  MENJEJAK BERKAT PENUTUP NABI [SP/MT/MM]                                       
Selepas sarapan pagi peserta akan check-out dari hotel dan:

·         Bertolak dengan bas moden berhawa dingin ke Nawa bagi menziarahi makam Imam An-Nawawi.

·          Ke kota kuno Bosra (Arab Nabatean 2000 BC), setengah hari melawat kesan-kesan tinggalan sejarah di kota kuno ini termasuklah the Roman Amphitheatre yang boleh memuatkan 15000 penonton dalam sesuatu masa.

·         Masjid Al-Umari (masjid yang pertama dibina di Syria), solat.

·         Melawat Buheira Cathedral yang mempunyai sejarah penting sebagai lokasi pertemuan Rasulullah s.a.w dengan Buheira paderi nosterian Kristian (yang memberitahu tentang alamat kenabian pada diri baginda) sewaktu kedatangan Rasulullah ke bumi Syam untuk berniaga bersama bapa saudaranya Abu Talib di waktu umur baginda 12 tahun.

·          Masjid Al-Mabrak Al-Naaqah (tempat Rasulullah memberhentikan untanya dan unta yang pertama membawa mashaf Al-Quran yang pertama berhenti di Syria di zaman khalifah Umar bin Al-Khattab r.a..

·          Roman Pool dan lain-lain tinggalan sejarah dalam kota zaman lampau yang menakjubkan ini.  

·         Makan malam dan Check in hotel di Amman, Jordan.

 


HARI 07           AMMAN/ASHABUL KAHFI/PETRA/LAUT MATI/AMMAN [SP/MT/MM] 
Selepas sarapan pagi aiarah bermula:

·         Melawat ke Gua As Habul Kafhi.

·          Kota Petra berusia ribuan tahun, tinggalan Arab Nabatean, lawatan melalui gaung (the Sig), sehingga ke Al-Khazanah (Treasury) di mana episod terakhir filem India Jones- The Final Crusaders dirakamkan, The Jinn Block, The Amphitheatre, Colonnaded Street. Lawatan ini mengambil masa separuh hari.

·         Ke Amman melalui Laut Mati, singgah sebentar di Laut Mati.

·         Makan malam dan rehat.

 


HARI 08 – 09   AMMAN/BAHRAIN/KUALA LUMPUR [SP] 
Selepas sarapan, bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Amman untuk penerbangan pulang ke Malaysia. Tiba di KLIA keesokan harinya.
 


Harga termasuk :

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi Gulf Air
  • Insuran perjalanan
  • Penginapan di hotel berkelas 3* (arab standard)
  • Makan 3 kali sehari (masakan arab dan melayu)
  • Tips untuk pemandu bas & pelancong
  • Pemandu pelancong professional berbahasa Inggeris/Arab
  • Cenderahati dari Kiswah Travel

Harga tidak termasuk :

  • Minuman ringan semasa makan (selain dari yang disediakan)
  • Kegunaan peribadi seperti tel, dobi, dll
  • Lebihan had bagasi
  • Tipping untuk porterage di hotel
Last Updated ( Saturday, 06 March 2010 14:48 )  

Hubungi Kami


 Pertanyaan & Pendaftaran
Hubungi;
Ustaz Haji Hairul
di :
010-529 6460
03-8731 5464
(Ahad hingga Sabtu)
8.00 pagi - 9.00 malam
03-8926 5464
(Isnin - Jumaat)
8.30 pagi - 5.30 petang
Faks : 03-8926 4464
Email : ustaz@umrah-haji.com

MUHAMMADIYYAH
Travel & Tours Sdn Bhd
PT7432, 2nd Floor
Jalan BBN 1/2F,
 Putra Point
Bandar Baru Nilai
ASH-HAR
Travel & Tours Sdn Bhd
No. 23-1, Jalan 3/76D
Desa Pandan
55100 Kuala Lumpur
16 – 1A Jalan Medan Batu Caves 1
Taman Medan Batu Caves
68100 Batu Caves, Selangor

PASARAYA HPA
HPA-MALL.com
 "Produk Halal Tanggungjawab Bersama"


Umrah-Haji.com

Umrah-Haji.com merupakan portal bagi tetamu Allah SWT yang mencari maklumat bagi mengerjakan ibadah Umrah, Haji atau Ziarah. Pihak kami juga menyediakan pelbagai pakej Umrah, Haji dan Ziarah ke tempat-tempat sejarah Islam serta menerima tempahan bagi Air Zam-Zam, Kurma, Kekacang dan produk-produk lain.