Umrah-Haji.com

Home

Ash-Har : Pakej Beijing Tianjin

E-mail Print PDF
P 

5 DEC- 10 DEC 2009 (6D 5N)

FLTSECETDETA
MH 370KUL/BJS00300630
MH 379BJS/KUL16102240
Harga Pakej Berkumpulan (RM): Setiap Seorang
PAXDBL/TPL
ADULTRM 2170.00 nett
CHILDRM 1736.00 nett
  

 


4*  Hotel: CHANG FENG HOTEL atau setaraf.

 Harga Pakej Termasuk  :
ü  Tiket penerbangan pergi/balik kelas ekonomi (MAS) dan airport tax.
ü  Penginapan selama 5 malam di hotel tersebut di atas
ü  Makanan Halal
ü  Pengangkutan dan lawatan seperti aturcara
ü  Pegawai pengiring dari Ash-har Travel
ü  Cenderahati berupa beg pelancongan Ash-har Travel
ü  Visa  Harga Pakej Termasuk  :
·          Sewa alatan ski sebanyak USD 15 / Seorang.
·          Lain – lain perbelanjaan selain yang dinyatakan.
Ø  Harga pakej tertakluk kepada perubahan semasa
Ø  Deposit RM 300.00 seorang diperlukan / baki hendaklah dijelaskan 2 minggu sebelum tarikh perlepasan.
 
  
Aturcara Pakej Beijing Tianjin
6 Hari / 5 Malam

Hari 1  KUALA LUMPUR - BEIJING        (MT, MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu berlepas. Setelah daftar masuk , penerbangan ke Beijing akan mengambil masa sekitar 6 jam. Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital dan selepas proses ketibaan , anda akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan selaku wakil kami di sana. Seterusnya anda akan dibawa ke restoran Islam berdekatan untuk makan malam. Pertunjukkan Akrobatik China menyusul selepas makan malam. Bermalam di Beijing.

Hari 2  BEIJING                    (SP,MT,MM)
Selesai sarapan pagi, hari ini anda berpeluang untuk melawat ke Istana Larangan –Dinasti Ming hingga Dinasti Qing. Sebuah kompleks istana lengkap yang masih terpelihara sehingga kini. Makan tengahari di restoran Islam tempatan berhampiran. Selesai makan tengahari, anda akan dibawa ke masjid Chao Nei untuk sembahyang Zohor . Lawatan hari ini diakhiri dengan membeli belah di kawasan Pasaraya muslim dan Niujie , tempat komuniti Islam berkumpul dan membeli belah. Juga ke Water Pearl Center membeli belah.

Hari 3  BEIJING                               (SP,MT,MM)
Selesai sarapan pagi, hari ini anda berpeluang untuk melawat ke Tembok Besar China, terhampir dipinggir bandaraya Beijing yang dikenali sebagai Ba Da Ling . Di dalam perjalanan anda akan dibawa melawat Kilang Pemprosesan Batu Permata Jed, Pusat Perubatan Tradisi Cina dan Kilang Pameran Kristal. Makan tengahari di restoran Islam tempatan. Setibanya anda kembali dari Tembok Besar lewat petang, anda juga dibawa ke Kilang Pemprosesan  dan Hasil Tenunan Sutera. Makan malam di restoran sebelum kembali ke hotel penginapan di Rose Valley Ski Resort.

Hari 4  BEIJING                   (SP,MT,MM)
Selesai sarapan pagi, bermain ski di resort ski selama setengah hari (pembayaran peralatan ski adalah dibawah tanggungjawab anda ). Selepas tengahari , kembali ke bandar dan melawat Istana Musim Panas terletak di kelilingi Tasik Kun Ming, selesai lawatan anda akan berpeluang untuk menikmati spa kaki di pusat rawatan cina. Kemudiannya makan tengahari dan menyaksikan pertunjukan fesyen di Pusat Sutera Terkenal. Kemudiannya ke Masjid Ma Dian dan lawatan ringkas ke Perkampungan Olimpik Beijing, Kedai Emas dan membeli belah di Sunny Gold street. Akhir sekali, anda akan menikmati upacara teh di Tea House dan makan malam di restoren tempatan. Kemudiaanya sebelum kembali ke hotel, singgah sebentar di Hard Rock Café untuk sesi pengambaran.

Hari 5  TIANJIN                  (SP,MT,MM)
Selesai sarapan, bertolak untuk lawatan ke Tianjin, sebuah bandar pelabuhan berdekatan Beijing. Melawat Masjid Great dan melihat food court dan ke Culture Street . Kemudiannya kembali ke Beijing.


Hari 6  BEIJING – KUALA LUMPUR                   (SP,MT)
Bersarapan pagi dan kemudiannya menuju ke Hong Qiao Market & Ya show Market untuk membeli belah. Selepas makan tengahari . membeli belah seketika di Man’s Street dan seterusnya ke Lapangan Terbang . Lawatan di Beijing anda tamat di sini dengan seribu kenangan manis di ibu negara China.

Last Updated ( Thursday, 04 February 2010 11:31 )  

Hubungi Kami


 Pertanyaan & Pendaftaran
Hubungi;
Ustaz Haji Hairul
di :
010-529 6460
03-8731 5464
(Ahad hingga Sabtu)
8.00 pagi - 9.00 malam
03-8926 5464
(Isnin - Jumaat)
8.30 pagi - 5.30 petang
Faks : 03-8926 4464
Email : ustaz@umrah-haji.com

MUHAMMADIYYAH
Travel & Tours Sdn Bhd
PT7432, 2nd Floor
Jalan BBN 1/2F,
 Putra Point
Bandar Baru Nilai
ASH-HAR
Travel & Tours Sdn Bhd
No. 23-1, Jalan 3/76D
Desa Pandan
55100 Kuala Lumpur
16 – 1A Jalan Medan Batu Caves 1
Taman Medan Batu Caves
68100 Batu Caves, Selangor

PASARAYA HPA
HPA-MALL.com
 "Produk Halal Tanggungjawab Bersama"


Umrah-Haji.com

Umrah-Haji.com merupakan portal bagi tetamu Allah SWT yang mencari maklumat bagi mengerjakan ibadah Umrah, Haji atau Ziarah. Pihak kami juga menyediakan pelbagai pakej Umrah, Haji dan Ziarah ke tempat-tempat sejarah Islam serta menerima tempahan bagi Air Zam-Zam, Kurma, Kekacang dan produk-produk lain.