Penulisan Wasiat Profesional
Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya. Aset orang Islam yang meninggal dunia tanpa membuat Wasiat akan diagihkan kepada waris-waris mengikut Faraid iaitu Undang-undang Pewarisan Islam.
Waris telah ditetapkan dalam Islam. Suami,isteri, Ibubapa dan anak-anak yang sah (dengan syarat mereka beragama Islam) tidak terhalang sama sekali daripada mewarisi harta simati. Cucu contohnya, tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi secara automatik dia hanya akan mewarisi harta simati dalam keadaan tertentu. Golongan yang tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi menurut Islam adalah anak angkat, anak luar nikah, ibu bapa angkat, dan lain-lain lagi.
Islam membenarkan orang Islam menulis Wasiat ke atas satu pertiga daripada hartanya kepada orang yang disayangi samada mereka Islam atau tidak atau untuk kebajikan asalkan ia menurut Syariah.
Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar : Rasulullah S.A.W bersabda:
| " Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala " |
Orang Islam yang mempunyai harta yang mahu memberi manfaat kepada yang berikut:
- Mempunyai cucu
- Anak Angkat
- Kawan baik
- Ahli keluarga bukan Islam
- Mempunyai anak yang bukan Islam daripada perkahwinan terdahulu
- Masjid
- Badan Amal
- Hospital
APAKAH PERANCANGAN HARTA PUSAKA MENGIKUT ISLAM?
Perancangan Harta Pusaka adalah satu penyusunan yang Efektif dalam menguruskan Harta Pusaka seseorang berdasarkan Undang-undang Sivil & Syariah.
KELEBIHAN PERANCANGAN HARTA MENGIKUT ISLAM
- Mempercepatkan proses undang-undang
- Mengelakkan Perbalahan dikalangan Keluarga
- Melantik WASI bagi menguruskan segala aset
- Melantik Pemegang Amanah untuk harta yang akan diwasiatkan kepada anak-anak yang belum cukup umur
- Pemberian HIBAH(Hadiah) kepada waris yang BUKAN dalam Faraidh adalah dibenarkan jika hadiah tidak melebihi 1/3 daripada keseluruhan aset
MENGAPA PERLU ADA PERANCANGAN HARTA MENGIKUT ISLAM?
- Berkekalan & Berterusan
- Bertanggungjawab & Adil
- Professional & Berkemampuan
- Pengecualian daripada Bon Pentadbiran
- Proses Undang-undang yang Segera
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- PERKHIDMATAN PENULISAN WASIAT
- PENTADBIRAN HARTA PUSAKA
- PEMEGANG AMANAH
- DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN
- DEKLARASI HIBAH
- DOKUMENTASI WAKAF
- HIBAH
HUBUNGI ; USTAZ HAJI HAIRUL 019-229 6464



















Ustaz Haji Hairuldi : 010-529 6460 
ASH-HARTravel & Tours Sdn BhdNo. 23-1, Jalan 3/76DDesa Pandan55100 Kuala Lumpur
16 – 1A Jalan Medan Batu Caves 1 
