*Contoh Aturcara Perjalanan Umrah & Ziarah
Hari 01 :
Kuala Lumpur – Jeddah - Madinah
Berlepas dari Kuala Lumpur ke Jeddah. Jemaah di kehendaki berada di KLIA sekurang-kurangnya 3 jam sebelum berlepas. Setibanya di Lapangan Terbang Jeddah dan selesai sahaja urusan Imigresen dan Kastam, para jemaah akan di sambut oleh wakil kami dan dibawa ke Madinah dengan menaiki bas seterusnya mendaftar masuk hotel.
Hari 02 :
Madinah - Al Ula
Jemaah akan dibawa ke Ke Al Ula. Setibanya di Madain Saleh, jemaah akan mendaftar masuk ke Hotel Arac (tertakluk pada perubahan Saad Al Samallaghi Tourism) dan makan tengahari . Kemudian jemaah akan melawat sekitar bandar Madain Saleh, Islamic Castle, Hijaz Railway Station No 21, Mammoth Rock. Kemudian pulang semula ke hotel dan makan malam.
Hari 03 :
Al Ula - Madinah
Jemaah akan di bawa ziarah ke Al Ula Old City. Selepas makan tengah hari jemaah akan meneruskan perjalanan ke Madinah. Setibanya di Madinah, jemaah dibawa daftar masuk hotel.
Hari 04 :
Madinah (Ziarah Dalam & Luar)
Jemaah akan di bawa Ziarah ke Makam Rasulullah S.A.W dan melawat ke tempat-tempat besejarah di kota Madinah seperti di Perkuburan Baqi, Jabal Uhud, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan akhir sekali ke Pasar Kurma di pandu oleh Mutawwif kami disana.
Hari 05 :
Madinah - Makkah
Jemaah akan di bawa ke Makkah dan singgah sebentar di Masjid Bir Ali untuk bermiqat ihram (siap sedia berpakaian ihram). Setibanya di Makkah, jemaah akan di bawa ke hotel. Setelah berehat seketika jemaah akan di bawa untuk melakukan Ibadat umrah dengan di pandu oleh Mutawwif.
Hari 06–07 :
Makkah Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.
Hari 08 :
Makkah (Ziarah Luar)
Jemaah di bawa menziarahi beberapa tempat bersejarah seperti Jabal Thur, Padang Arafah, Mudzalifah, Mina, dan akhir sekali ke Ja’aranah. Sesiapa yang ingin mengerjakan umrah bolehlah bermiqat disini (siap sedia dengan pakaian ihram).
Hari 09 :
Makkah - Taif - Makkah
Jemaah akan dibawa ke Taif. Kemudian jemaah akan dibawa melawat ke Hada untuk melihat pemandangan, Masjid Ibn Al Abbas. Selepas makan tengahari, jemaah akan dibawa ke Pergunungan As Syafa’ dan ke pasar buah – buahan. Seterusnya jemaah akan dibawa balik ke hotel.
Hari 10 – 13 :
Makkah
Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.
Hari 14 :
Jeddah - Kuala Lumpur
Selepas sarapan pagi dan juga Tawaf Wida’ jemaah bebas melakukan aktiviti sendiri sementara menunggu masa untuk bertolak ke Lapangan Terbang Jeddah untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur .
Hari 15 :
Kuala Lumpur
Jemaah akan tiba di Kuala Lumpur, InsyaAllah.




Ustaz Haji Hairuldi : 010-529 6460 
ASH-HARTravel & Tours Sdn BhdNo. 23-1, Jalan 3/76DDesa Pandan55100 Kuala Lumpur
16 – 1A Jalan Medan Batu Caves 1 
